Profil Syarikat


SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT
           
            Perusahaan bahulu ini telah dijalankan secara kecil-kecilan pada tahun 1993. Rancangan untuk manjalankan perusahaan Kuih bahulu ini di usahakan kerana kekurangan pengusaha bahulu di kawasan kepala batas ini. Kuih bahulu ini telah dikenali ramai dan manjadi makanan kebiasaan masyarakat serta mandapat pasaran baik. Dengan  pengetahuan dan tunjuk ajar dari keluarga serta membuat penyelidikan sendiri perusahaan kuih bahulu ini telah di beri nama PERUSAHAAN NS.  Pada tahun 1995 saya telah memohon untuk berkursus membuat kuih tradisional yang dianjurkan oleh MARDI di Serdang, Selangor
           
            Galakan dan dorongan dari keluarga serta rakan-rakan, perusahaan ini telah dijalankan dengan  modal permulaan sebanyak RM4000.00. Perusahaan kuih bahulu bermula di bengkel tambahan berkembar dengan kediaman di alamat 5138 Kampung Lahar Tiang, 13210 Kepala Batas, Seberang Prai Utara, Pulau pinang  dan dibantu oleh ahli keluarga dan 2 orang pekerja. Kini kuih bahulu dipasarkan di sekitar Seberang Perai Utara, Pekan Tikam Batu dan Kuala Muda, Kedah. Selain itu, ada juga pemborong dan peruncit datang sendiri di rumah. Dengan bantuan suami, kuih bahulu di hantar dengan mengunakan van persendirian ke kedai makanan dan kedai runcit.

            Perusahaan NS juga banyak menerima tempahan ketika musim perayaan, kenduri kahwin dan pameran.Antara bahulu yang diusahakan ialah bahulu ikan, cermai, dan gelugor.Selain itu, bahulu berperisa strawberi, pandan, coppucino dan oren baru di perkenalkan. Bahulu ikan besar dan bunga juga disediakan untuk hantaran.

             Kini perniagaan perusahaan bahulu semakin meningkat dengan bantuan yang diterima dari badan kerajaan seperti PERDA dan Jabatan Pertanian. Perusahaan NS juga telah mendapat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN. Pada tahun 2007 Jabatan Pertanian telah memberi bantuan seperti gas oven model, maxer( mesin pemutar ) dan auto sealer( mesin pembungkusan automatik). Pada tahun 2008, PERDA telah memberi sumbangan sebanyak 10000 unit kotak pembungkusan bahulu. Kini, sebuah bengkel untuk  membuat bahulu sudah sudah siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2009. Bengkel tersebut  terletak bersebelahan dengan bengkel lama. Pembinaan bengkel tersebut di tanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian. Bengkel tersebut akan di gunakan untuk mengusahakan kuih bahulu dan mengajar penduduk atau sesiapa sahaja yang berminat dalam pembuatan kuih bahulu.

            Matlamat utama Perusahaan NS adalah untuk mengembangkan dan memperluaskan lagi pembuatan kuih bahulu tradisional di dalam negeri atau pun luar negeri